Thursday, April 8, 2010

N17 ke N27

Posted by lindamanje at 2:03 AM

Kitorg yg berjawatan PA (Pembantu Khas/Setiausaha) kat gomen nie, Cuepac ada wat permohonan agar gred jawatan kitorg dinaikkan daripada N17 (gred C) kepada N27 (gred B). Tapi tahun² sebelum nie kerajaan kata tak bole sbb Diploma SS cuma 2 tahun, so kitorg x standard gan Diploma biasa IPTA…. Ok fine….


Tapi Cuepac x putus asa… diorg fight lagi utk PA² nie… then, akhir tahun lepas Kerajaan keluarkan satu pekeliling perkhidmatan untuk memaklumkan keputusan kerajaan mengenai perubahan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17 kepada skim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N27/28… Alhamdulillah… and the best thing is.. tarikh kuatkuasa bermula 1 Januari 2010 (haaa… makan duit tunggakan la jawabnyer… aq suke… )


Satu hal lak… time banyak jabatan/IPTA dah kuatkuasakan benda nie… tempat aku x panggil2 lagi @ xde wat taklimat pun tentang kenaikan gred nie.. sabo… Then, pada 18 Mac aritu baru la diadakan taklimat untuk kitorang… oleh orang KPT sendiri.


Ok lah, abis dengar taklimat (yang masih samar² pemahaman kitorang nie… benda baru biasala….) so, tak lama tu dapat la plak borang opsyen penerimaan tawaran. Tempoh untuk serahkan balik 30 hari dari tarikh surat tawaran. Kat dalam surat tu, kita perlu tandakan kita terima @ tak terima tawaran. 2 pilihan jek! (hehe… ye la ko nk menda lagi… ). Siap dia bagi salinan syarat penerimaan, borang untuk tandatangan opsyen berserta saksi yeeee….. n siap la dia bagi tau tangga gaji baru yang dioffer kat kite…..


Aku tengok kat gaji baru yang ditawarkan untuk aku tu…..mmmm… aku x puas ati!!! (cececehhhh… eksen lak!) Ye la…. Korang bayangkan.. mmg la tawaran tu naik …. Ciput sgt!! 51 hengget jek.. huhu… seedy tau… sebab masa taklimat tu, dia bagi cara pengiraan@ cara penetapan gaji baru, aku cek gaji naik dalam 100++, tp knp yg tertera kat surat tawaran aku nie begini…?? Owhhhhhhhh….. frust!


Puas la aku berdiskusi gan member2 PA lain, semua cakap sepatutnya aku dpt sekian, sekian, sekian… Tu la pasal. Aku x puas ati sebab, 1 - aku dah sah jawatan (ada perbezaan kenaikan antara org yg dah sah dgn lum sah jwtn), tapi aku seolah2 dikira sebagai yg belum sah jwtn, ada ke patut?? 2 – yang ditawarkan kat aku nie, kurang daripada sepatutnya pergerakan kenaikan gaji tahunan aku bulan Julai nanti… mmg aku x puas ati la….


Dipendekkan citer, aku da call orang PSM, dah discuss gan second boss aku…. Tapi diorang cakap tawaran untuk aku tu betul dan tiada dakwa-dakwi lagi… menci! Masa hari aku by hand sendiri borang opsyen tu kat pejabat atas, bila aku terangkan kat CC kat situ, dia ckp pengiraan utk aku tu salah! Waahhh ada harapan! Dia bawak aku gi PSM wat komplen. Naik² jek atas, terus jumpa sorg kerani yang jaga benda nie… dia terangkan yang aku x puas ati. Sekali aku tengok kerani lagi sorg kat sebelah minah kerani nie siap bagi jelingan maut kat aku… heh jeles lak! Nak jek aku korek bijik mata dia jeling² aku. Aku tau.. kerani² ada yg x puas ati, kitorg PA² da naik gred ckit… tp, pada aku, itu semua rezeki... akan sampai rezeki utk kerani lak, sape tau... lgpun, ada aku kesah gan jelingan ko tu????? :p


Last²… kerani tu cakap, nanti ada penyelarasan gaji lagi… kalau pergerakan gaji tahunan kita bulan Julai, so bulan julai nanti akan naik lagi satu tangga gaji…. (tapi bole ke aku pegang kata² org PSM nie? Ke diorg saje nk menyedapkan hati kitorg n paling penting xnak kitorg byk cekadak complen2 lagi kot… entahla…) Tapi kalu betul naik lagi bln Julai nanti.. alhamdulillah…. 2 kali la naik gaji tahun ini… hehe… Amin ya rabbal alamin….

0 comments:

Post a Comment

Blogger templates

 

~ my love, my heart, my soul ~ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Gossip Celebrity